Saturday, May 31, 2014

AL ALLAMAH AL HAFIZ AS SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD BIN SIDDIQ AL GHUMARI AL HASANI




NAMA, KELAHIRAN DAN NASAB BELIAU:
Beliau adalah Al Allamah Al Hafiz Al Muhaddis An Naqid Mujaddid Ilmil Hadis Al Mujtahid As Sayyid  Abul Faidh Ahmad bin Muhammad bin Siddiq Al Ghumari At Tonji Al Maghribi Al Hasani.
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun 1320 hijrah di dalam keluarga yang berketurunan mulia bersambung nasabnya kepada Sayyidina Hasan bin Sayyidina Ali alaihima  as salam. Tempat kelahiran beliau terletak di Qobilah Baniy Sai’d yang merupakan sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Qobilah Ghumarah di bahagian Utara Maghrib.
Bapa beliau Al Imam As Sayyid Muhammad bin Siddiq Al Ghumari (1295- 1354 hijrah) dan kesemua datuk beliau masyhur dengan kewalian dan kesolehan bahkan As Sayyid Muhammad bin Siddiq Al Ghumari juga masyhur dengan keilmuan dan kepakaran ilmu beliau.
Ibu Al Hafiz As Sayyid Ahmad bin Siddiq adalah As Sayyidah Fatimah Az Zahra’ binti As Sayyid Abdul Hafiz bin As Sayyid Ahmad bin Abil Abbas As Sayyid Ahmad bin A’jibah (pengarang kitab I’qozul Himam syarah kitab Hikam ibn Ato’illah). As Sayyid Abdullah bin Siddiq (saudara kandung As Sayyid Ahmad) ketika mana menyifatkan bonda beliau As Sayyidah Fatimah,menaqalkan kata-kata ayahanda beliau bahawa bonda beliau dikurniakan kewalian ketika akhir hayat beliau.

SUASANA PERSEKITARAN KEHIDUPAN BELIAU:
Al Hafiz As Sayyid Ahmad bin Siddiq Al Ghumari dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang cenderung kepada ilmu dan tarbiah ruhaniah. Tambahan pula, keadaan ayahanda dan bonda beliau yang sememangnya masyhur dengan kesolehan dan keilmuan merupakan antara faktor utama yang mendorong Al Hafiz As Sayyid Ahmad untuk lebih ke hadapan di dalam bidang ilmu.

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani merupakan salah seorang ulama Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.
(Riwayat Hidup dan Keluarga)
Sayyid Alwi Almaliki selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di sekitarnya. Beliau selalu memakai jubah, serban (imamah) dan burdah atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah. Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada Sayyid Alawi. Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H.

(Kelahiran dan Masa Kecil)
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 1328H, menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam.

(Nasab)
Beliau adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.

(Wafat)
Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H atau pada tahun 1971M dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesen Radio Saudi hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.

Friday, May 2, 2014

Tuhan Yang Esa

Di dalam cahaya-Mu Tuhan ku harap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang
Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat

Wednesday, April 30, 2014

Kisah Syeikh Badiuzzaman Said Nursi dengan Kucing




Ketika pihak kerajaan Barla merancang untuk mengeluarkan beliau dr Barla, usaha pertama mereka adlh melarang penduduk Barla menemui Badiuzzaman Said Nursi...hal yg demikian menyebabkan Badiuzzaman Said Nursi berasa kesunyian dan hanya ditemani dengan empat ekor kucing yang setia mendampinginya...dalam hati beliau berbisik "kucing makhluk yang berkat"...

tiba2 terlintas dlm fikirannya mengapakah kucing dikatakan makhluk yg berkat sedangkan ia tidak melakukan pekerjaan sebagaimana haiwan lain...kucing hanya bermain, makan, dan tidur...

pada malam itu ketika Badiuzzaman Said Nursi mahu tidur, datang seekor kucing lalu duduk di tepi bantalnya..kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Said Nursi lalu berzikir secara jelas...

"YA RAHIM, YA RAHIM, YA RAHIM, YA RAHIM....."

Badiuzzaman Said Nursi berasa terkejut lalu bangun dan berbisik dalam hatinya "ADAKAH AKU BERMIMPI?"... selepas dipastikan ketika itu beliau tdk bermimpi, barulah sedar kucing itu menjawab lintasan fikiran beliau yg merendahkan dan menghina keupayaan makhluk kucing...beliau juga merasakan lafaz zikir YA RAHIM, YA RAHIM itu seperti suatu tamparan ke wajahnya....lantas tersedar daripada kesilapannya kerana memandang rendah makhluk itu...

kemudian terlintas pula dalam fikirannya apakah zikir YA RAHIM, YA RAHIM ini khusus utk kucing yang seekor ini shj ataupun semua kucing berzikir yg sama..beliau juga tertanya-tanya adakah zikir kucing ini hanya didengarkan kepada beliau shj yg mempersoalkan dan mempertikaikan makhluk kucing? atau manusia lain yg memerhati dan mengambil perhatian juga akn mendengar zikir kucing......

..tiba-tiba datang tiga ekor kucing lagi lalu menghampirinya...ketika itu Badiuzzzaman Said Nursi terdengar kucing-kucing itu mengucapkan zikir yang sama dan berulang-ulang dgn nada yg berbeza-beza tinggi dan rendah..namun tidak sekuat kucing yg menghampiri telinganya td...semakin lama Said Nursi mendengar semakin jelas kucing-kucing mengiau dengan menyebut YA RAHIM...YA RAHIMM sehingga zikir itu menjadi semakin lama semakin fasih dan penuh kesedihan...ketika mulutnya ditutup juga tetap melantun zikir YA RAHIM ...YA RAHIM dengan baik sekali...kucing-kucing itu seperti merayu kepada TuhanNya yg bersifat AL-RAHIM...itulah zikir dan munajat kucing...

terlintas pula di hati Badiuzzaman Said Nursi, mengapakah kucing-kucing ini berzikir dengan nada insan dan tidak berzikir dengan nada haiwan?...

dengan segera beliau mendapat jawapan melalui lintasan hatinya juga...hal ini kerana kucing ini haiwan yang baik, lemah lembut, halus sebagaimana anak-anak kecil..ia hidup bercampur gaul dgn manusia malah menjadi kawan..kucing sangat memerlukan belas dan kasih sayang manusia...

...selepas kucing mendapat kasih sayang dan perhatian daripada tuannya, ia mendapat makanan kemudian meninggalkan tuannya sambil mengucapkan syukur... kucing itu pergi berehat sendiri kemudian terus mengucapkan syukur kepada TuhanNya... Badiuzzaman Said Nursi mengucapkan syukur kerana Tuhan sudah memberi jawapan pada persoalan kucing....

ketika itu beliau miskin dan makanan juga terhad...selalunya makanan yg sedikit akn cepat habis...namun, apabila beliau berkongsi makanan dgn kucing-kucingitu, walaupun sedikit namun ia masih tetap berbaki..

itulah belas kasihan Allah kepada makhluk lemah seperti kucing...sekiranya haiwan pun Allah begitu kasih, apatah lg manusia makhluk yg paling mulia...


Kau Pemilik Cinta

Kenapa Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah sekian lama dipisahkan oleh ALLAH...kerana cinta utama mereka adalah kepada Sang Pencipta semata-mata.

~SiTelekungHijau~

Berkat Doa Seorang Ibu

Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh alHafiz alDzahabi dalam Siyar A’lam alNubala .Kisah itu berkenaan riwayat hidup Imam Sulaim bin Ayub alRAzi .Beliau seorang ulama besar mazhab alSyafie dikota Ray.Ketika berusia 10 tahun ,Sulaim alRazi belajar alQuran daripada seorang guru .Apabila disuruh membaca alFatihah ,beliau banyak melakukan kesalahan .Meskipun berkali-kali mencuba ,beliau tetap tidak dapat membaca dengan betul.Gurunya lalu berkata:" Ibumu masih hidup ?" Sulaim berkata :"Ya".Gurunya berkata lagi:" Minta ibumu berdoa agar kamu dipermudahkan membaca Alquran dan semua ilmu".Sulaim pulang ke rumah dan melakukan spt yang diperintahkan gurunya .Beberapa tahun selepas itu ,Sulaim alRazi terkenal sebagai ulama besar .Bahkan ,kebesaran namanya masih hidup sehingga ke hari ini.

Tuesday, April 30, 2013

Kisah Syeikh Kholil al-Khotib dengan seekor kucing




Semasa umur syeikh 50 tahun , Ada satu peristiwa ketika mana Syeikh Kholil Alkhotib sedang menunaikan solat dhuha,tiba-tiba ada seekor kucing
memasuki rumah beliau melalui tingkap lalu memanjat ke atas bahu beliau, walaubagaimanapun Syeikh Kholil Alkhatib tetap menyempurnakan solatnya, semenjak itu si kucing tersebut menjadi sebahagian drpd keluarga beliau, Ajaibnya apabila ada tetamu datang kerumah ,si kucing seolah-olah menyambut mereka dengan membawa ke ruang tamu dan perkara tersebut diteruskan oleh keturunan kucing itu.... di hari kewafatan SHEIKH MUHAMMAD KHOLIL ALKHATIB bersamaan 21 februari 1986 pada umur beliau 77 tahun, telah ditemui keturunan terakhir kucing tersebut di halaman rumah dalam keadaan tidak lagi bernyawa 
sumber-maqalah tausiq wa ta'rif assyaikh muhammad khalil alkhatib
disyarah- Syeikh Ahmad Muhammad Khalil AlKhatib
 
Kasihnya Syeikh Kholil terhadap seekor kucing :)