Saturday, May 31, 2014

AL ALLAMAH AL HAFIZ AS SAYYID AHMAD BIN MUHAMMAD BIN SIDDIQ AL GHUMARI AL HASANI




NAMA, KELAHIRAN DAN NASAB BELIAU:
Beliau adalah Al Allamah Al Hafiz Al Muhaddis An Naqid Mujaddid Ilmil Hadis Al Mujtahid As Sayyid  Abul Faidh Ahmad bin Muhammad bin Siddiq Al Ghumari At Tonji Al Maghribi Al Hasani.
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun 1320 hijrah di dalam keluarga yang berketurunan mulia bersambung nasabnya kepada Sayyidina Hasan bin Sayyidina Ali alaihima  as salam. Tempat kelahiran beliau terletak di Qobilah Baniy Sai’d yang merupakan sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan Qobilah Ghumarah di bahagian Utara Maghrib.
Bapa beliau Al Imam As Sayyid Muhammad bin Siddiq Al Ghumari (1295- 1354 hijrah) dan kesemua datuk beliau masyhur dengan kewalian dan kesolehan bahkan As Sayyid Muhammad bin Siddiq Al Ghumari juga masyhur dengan keilmuan dan kepakaran ilmu beliau.
Ibu Al Hafiz As Sayyid Ahmad bin Siddiq adalah As Sayyidah Fatimah Az Zahra’ binti As Sayyid Abdul Hafiz bin As Sayyid Ahmad bin Abil Abbas As Sayyid Ahmad bin A’jibah (pengarang kitab I’qozul Himam syarah kitab Hikam ibn Ato’illah). As Sayyid Abdullah bin Siddiq (saudara kandung As Sayyid Ahmad) ketika mana menyifatkan bonda beliau As Sayyidah Fatimah,menaqalkan kata-kata ayahanda beliau bahawa bonda beliau dikurniakan kewalian ketika akhir hayat beliau.

SUASANA PERSEKITARAN KEHIDUPAN BELIAU:
Al Hafiz As Sayyid Ahmad bin Siddiq Al Ghumari dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana persekitaran yang cenderung kepada ilmu dan tarbiah ruhaniah. Tambahan pula, keadaan ayahanda dan bonda beliau yang sememangnya masyhur dengan kesolehan dan keilmuan merupakan antara faktor utama yang mendorong Al Hafiz As Sayyid Ahmad untuk lebih ke hadapan di dalam bidang ilmu.

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani

Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani merupakan salah seorang ulama Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.
(Riwayat Hidup dan Keluarga)
Sayyid Alwi Almaliki selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di sekitarnya. Beliau selalu memakai jubah, serban (imamah) dan burdah atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah. Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada Sayyid Alawi. Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H.

(Kelahiran dan Masa Kecil)
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 1328H, menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam.

(Nasab)
Beliau adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.

(Wafat)
Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H atau pada tahun 1971M dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stesen Radio Saudi hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.

Friday, May 2, 2014

Tuhan Yang Esa

Di dalam cahaya-Mu Tuhan ku harap pertunjuk-Mu
Di dalam sinaran purnama ku mohon keampunan
Moga terlerailah segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur
Tuhan yang Esa udara yang ku hirup
Terasa nikmat-Mu yang menggunung
Tidak tehitung harga nilaiannya
Oh Tuhan, Kau Pengasih, Maha Penyayang
Oh Tuhan di depan ujian
Terasa diri ini memerlukan-Mu
Ku harap Kau lindungi hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa Maha Pengampun
C/O
Ku harapkan pintu taubat-Mu terbuka luas
Untuk hamba-Mu yang sering leka
Dengan rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu
Kau ampunkanlah segala dosa-ku
Moga selamat di dunia dan akhirat


Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat